Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Monday, June 02, 2014

Review : Halford S8 Pramette Travel System setelah 1 tahun 6 bulan

Ingat lagi entri "Aku & Travel System...." ??

Setelah anak dah berusia setahun 6 bulan baru aku boleh buat review untuk stroller. Boleh gitu?? Hehehe..

Review for Halford S8 Pramette (Travel System)


So far stroller ni memang not bad. Masa Eusoff baby memang selesa gila bawak dia jalan2 dengan stroller ni sebab frame dia sangat kukuh. Lagipun padding dia tebal & material sangat berkualiti jadi sepanjang guna stroller ni Eusoff memang senang je tido. Mungkin sebab tak rasa bergegar kot. Lagipun bila fully recline, stroller ni boleh facing inward so baby nampak muka parents yg tolak stroller tu & less stimulation compared to facing forward. So seriously memang the best la..

But stroller ni besar gila. And bulky. And lepas tu berat. dalam 10kgs gak kot. Seriously boleh berpeluh2 bila nak pasang & tutup balik. Ni menjadi masalah bila aku keluar sorang2 without Mr H. Kalau travel dgn Mr H memang takde problem la.

Utk travel system tu pun takes time jugak untuk biasakan diri pasang & bukak dari carseat & pasang kat stroller. Tapi aku rasa berbaloi sebab tak perlu angkat anak dari carseat letak dalam stroller kalau dia tido. Unless kalau Eusoff berjaga baru aku angkut letak dalam stroller. Travel system ni datang dengan carseat Halford Elite Classic. More review utk carseat ni aku cerita kemudian ok?



Carseat tu just tenggek atas stroller je. Carseat/carrier tu pun cukup selesa so baby boleh je tido.. Bila letak carseat/carrier tu atas stroller dia jadi inward facing.
 
Kalau letak terus atas stroller pun sebenarnya dah tak perlu alas sebab padding stroller ni memang cukup tebal. Selalunya kitorang just sediakan selimut je in case baby sejuk. Even bantal pun once Eusoff da tegak, kitorang dah tak pakai lagi. But once Eusoff da besar sikit, dia dah taknak baring & nak tengok keadaan sekeliling so kitorang bagi forward facing so dia boleh tengok dunia. Hehe..
 
 

Owh comelnya engko masa ni Eusoff oiiiii....

Tido dengan lena..

Selesaaaaaa....

Antara kegunaan lain S8 ini adalah...mengangkut plastik2 shopping. Hehehe..

Sangat kukuh & selesa. Ini anak my sister umur 6 tahun. Eusoff bangun,dia pulak ganti sebab penat layan makbapak shopping. Hehehehe..
 
 
So far.. aku tak menyesal lagi la beli S8 ni. Cuma ada sebab2 yang menyebabkan kitorang beli benda2 lain jugak untuk aid our travelling self. Hehehe... Ni aku list kan pro & cons S8 Pramette ni in case ada yang tercari2 review or tengah survey2 stroller ni:
 
Pro
  • Selesa, kukuh & sturdy
  • Senang handle / tolak. Even budak pun boleh tolak.
  • Material sangat berkualiti
  • Padding yang tebal
  • Boleh forward & inward facing
  • Boleh 180degrees recline (sesuai utk baby kecik)
  • Ada bakul shopping. Senang campak barang. Hehe
  • Ada peeking window pada hood so senang tgk anak tgh tido ke ape..
  • Travel system senang pasang & bukak. Carrier just tenggek atas stroller then secure.
  • Boleh guna sampai anak berbelas2 kilo. Even my nephew yg dah besar tu duduk pun takde problem kakak dia darjah 2 nak tolak
  • Ada brake on 4 wheels
  • Actually ada palang kat depan seat tu (refer 1st pic) but Eusoff tak suka so kitorang tak pasang.
  • Warna gelap & smart serta tak nampak kotor. Hehehe..
  •  
Cons
  • Berat gila (untuk aku yg tak suka bersenam ni. Hehehe). Almost 10kgs kot!
  • Agak payah untuk aku bukak & tutup. Tak tau la aku ke yang tak reti since Mr H buat ok je. Tapi seriously aku tak kuat nak bukak. Tutup tu macam senang lagi
  • Once dah fold pun still besar gabak! Nak angkut masuk bonet payah gak la (untuk org2 pemalas cam aku. Hehehe)
  • Makan space. Especially kalau orang yg pakai kereta kecik macam Viva or Myvi. Aku tak pernah try angkut masuk Viva tapi aku rasa mau penuh bonet gak laa.. Peugeot kitorang pun separuh bonet. Kira macam separuh bonet Waja gak aaaaa... Kalau balik kampung or kuar shopping memang penuh bonet!
  • Stroller besar sangat untuk anak aku. Macam letak dia kat atas tu pun dia boleh golek2. Anak aku ni bukan boleh. Hehe.. Ni masalah anak aku. Bukan masalah stroller. Hehehe
     
Harga masa beli ni aku dah tak ingat sebab masa beli tu beli sekali dgn barang2 lain. Tapi dekat RM1k gak la... Tu tahun 2012. Sekarang dah murah kot. Ke dah byk model baru yg lain yg lagi best? So far aku rasa berbaloi dengan aku. Untuk korang, korang kena pertimbangkan lifestyle korang la... Kenapa?? Hehehe... Aku sambung next entry la ye... Mood tengah rajin mereview nih. Huahahahaha... ;p


3 comments:

  1. oiit berkobar² nak baca sambungan..kahkah
    i pun ada stroller yg bulky mcm ni carrier boleh tenggek jugak
    tp my baby langsung x suka stroller..boleh kira x sampai 5x guna.
    so jadi tukun kat rumah inlaw..kihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha...tungguuuuu..memang tgh mood nak review semua benda nih.hehehe
      stroller ni pun skrg dah tersimpan elok dalam stor dah.haha

      Delete
    2. haha sama aisya tak suka duduk dalam stroller so kitorang byk pakai carrier je. next anak, ber baby wearing je la.... tapi maclaren pakai gak la waris aisya punya

      Delete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers