Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Tuesday, June 03, 2014

Review : Jumpsac Embroidered SSC

Berbalik kepada entry "Review : Halford S8 Pramette Travel System setelah 1 tahun 6 bulan".. Aku sambung cerita mengenai Eusoff dan jalan-jalan ye. Hehehe..

Kitorang pakai Halford S8 ni lama jugak.. but suddenly I have to go to Stockholm, Sweden for work untuk lebih kurang 10hari. Since Mr H & Eusoff akan ikut, kitorang pun terkial2 lah cari cara nak travel dengan anak kecik. Masa tu Eusoff dalam 6 bulan. Google sana, goole sini. Tanya kawan2, etc..

And we decide taknak bawak stroller since layover kat Armsterdam then baru connecting flight ke Stockholm. Macam leceh nak travel bawak beg besar lagi, stroller lagi... I have started babywearing masa Eusoff dalam pantang lagi tapi guna ringsling saje. So we planned to buy Babybjörn in Stockholm je since Babybjörn asal dari Sweden. But a few weeks before kitorang nak pegi tu & tanya pendapat Malaysian Babywearers, Babywearing Mama, etc.. ramai tak support Babybjörn since dia tak ergonomic.

So what choice do we have left?? Buy a new SSC before travel. Kelam kabut cari info. And lastly we decide on Jumpsac SSC. And never do we regret our choice in travelling so far dengan layover kat Armsterdam, kandas berjam2 sebab missed flight ke Stockholm, etc. Hehehe..

So sepanjang travel.. Jumpsac it is!!

 

Paling sejuk masa ni. Dah malam dlm pukul 8.30pm camtu. Tapi suhu dalam 1-2degrees. Sejuk nak mampus!! Huhuuu..

Shopping in Drottninggatan. Betul2 belakang Utrikesdepartementet (Ministry of Foreign Affairs)

Habis keje mari shopping!! Hehehe..

In Kungsträdgården




Way back to our hotel

On the way to Gamla stan


In the Old Town
 
 
Nampak macam Mummy je yang babywear kan?? Tak jugak. Daddy babywear gilir2. But mostly Mummy la. Sebab dari pagi sampai petang dah keje, Daddy yang jaga Esuoff. So petang turn Mummy pulak. Daddy ada jugak babywear masa kat sana
 
Tertutup kepala anak aku dengan hood dia tu. Hahahaha...

In front our hotel.
 
Sejak tu kemana2 memang selalu babywear guna SSC ni je especially dekat tempat2 sesak. Even dah bawak stroller pun still bawak SSC lagi sebab kadang2 Eusoff taknak duduk dalam stroller. Harga Jumpsac ni masa kitorang beli tahun 2013 dalam RM360 kot? Tak silap la. Aku memang teruk sket bab2 ingat harga ni. Takpe. Korang boleh google sendiri harga dia. Hehe..

Even sekarang, Eusoff dah 1 tahun 6 bulan pun still guna SSC lagi. Macam contohnya weekend lepas kitorang ke Melaka. So malam Sabtu tu saje2 je jalan2 Dataral Pahlawan, Bandar Hilir. Stroller tinggal je dalam kereta since lagi mudah pakai SSC naik turun tangga, jalan sana sini. Kalau kat dalam mall tu lain cite lah.

Untuk pengetahuan, Jumpsac ni adalah brand daripada Malaysia ye. Local made tapi sangat2 berkualiti. Selain Jumpsac ada beberapa brand lain yang tak kurang bagus jugak. Antaranya adalah NeezaNeedles & SNUGGBaby. Review aku setakat ni memang sangat2 berpuas hati dengan Jumpsac SSC ni. Meh aku list kan pro & cons SSC ni..

Pro
  • Design stylo mylo yang korang boleh pilih sendiri
  • Harga yang murah compared to Ergo, Beco, Boba, etc. Unless korang compare dengan fake items la. Which the quality is not the same dengan yang ori walau bagaimana supplier / seller cuba yakinkan yg quality dia sama dgn ori. Tak caye try yang ori & try yg fake pastu compare. Memang berbeza. Orang yang menangkut anak pun boleh rasa beza especially if nak carry anak berjam2.
  • Boleh carry anak sampai toddler. Eusoff dah 1thn 6bln pun takde masalah lagi.
  • Padding yang tebal kt bahu & pinggang so tak terasa memikul anak
  • Ergonomik. Kaki anak membentuk 'M' bila carry
  • Boleh front carry & back carry
  • Anak selesa bila carry. Eusoff boleh tido dengan senang.
  • If travel to tempat2 sejuk, boleh membantu anak panaskan badan jadi tak risau dia kesejukan. Even dah pakai winter jacket pun tangan ngan kaki anak kadang2 sejuk wooooo...
Cons
  • Mahal!! Untuk aku laaaa.. RM3++ untuk carrier padahal ko boleh dapat brand lain murah tak sampai seratus. TETAPI... sila lah try dulu. Aku ada carrier brand Sweet Cherry kakak aku bagi. Tak pernah pakai langsung sebab serious tak selesa. Anak pun macam tergantung kat kelengkang. Kesian kelengkang anak wooooo... mau mandul sebelum usia anak aku kang... Huaaaa... Takpe2. Kuar duit sikit.
  • Kitorang beli kaler hitam so bila kat tengah panas agak berbahang sikit la..
  • Boleh cuci tapi leceh sikit since kena hati2 dengan buckle2 semua
  • Takde beg. Bila fold tu kena lipat2 then dia jadi macam pouch bag pakai kat pinggang tu. But if tak fold betul2 nanti senang terbarai. So kena fold ketat2 sikit.
  • Tak boleh tukar2 design sebab..mahal. Hahahahahaha...
 

Cameron Highland

Anak aku muka macam nak pukul orang..kan? Hehehe


Walaupun kitorang rasa SSC ni dah best gila dah... akan tetapi mak tetap terbeli (Eh. Terbeli ke? Ke sengaja beli??) satu lagi stroller lain. Kenapa?? Next entry kita cerita ye.... Hehehe.... ;)

4 comments:

  1. i love babywearing!!!!:)
    comel eusoff walapon muka nak gaduh jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Me too!!! Rasa mmg berbaloi sgt kan?? :)

      Delete
  2. Best kan babywearing ni...anyway tengah survey jumpsac & jumpa blog ni..tq for the info...mak nya umur brape ni?nampak muda n sweet...macam kakak & adik :-)

    ReplyDelete
  3. Tengah google review jumpsac jumpa blog ni. Tq sis for info. Jumpsac ni salah satu list ssc yg saya berkenan. Tengah kumpul info lagi ni. Hehe

    ReplyDelete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers