Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Wednesday, June 04, 2014

Review : Perreno Safies Carseat

Sambungan kepada entry "Review : Halford Elite Classic Carseat/Carrier" sebelum ini.

Almaklum lah..bila anak telah mendomok, carrier ni pun dah tak bape muat sangat. Lagipun dia dah tak nak baring sangat. Almaklumlah..dah besar masa tu. Hehe. So masa kitorang travel ke Stockholm, of course lah kitorang tak bawak carseat kan? Dah stroller pun tak bawak, koserrrrr aku nak bawak carseat pulak. Hehehe..

But one thing yg best adalah.. kat sana semua taxi dilengkapi dengan carseat sendiri. Memang wajib pakai dan memang semua taxi ada. So once tahan taxi if driver nampak kau bawak baby dia akan tanya kau nak dia pasangkan carseat or kita ada carseat sendiri. So ni lah first time Eusoff guna carseat yang bukan berbentuk carrier. Hehehe...

 


Dalam taxi in Stockholm

So balik dari Stockholm tu mulalah misi mensurvey carseat untuk Eusoff. Mr H macam  biasalah.. nak McLaren lah, Britax lah, Ferrari la, Sparco la.. Aku mula2 aim Halford je since stroller & carrier Halford before ni macam ok je.

Then satu hari masa pegi Baby Fair kat Midvalley.. saje je survey2 carseat. Akhirnya terberkenan dengan carseat Perreno Safies ni. Brand dia tak popular lagi kat Malaysia but still berkualiti. Bincang2 then Mr H decide nak amik warna hitam ni:

 


Perreno Safies Carseat - 3 colour option.

Harga masa kitorang beli ni quite murah dalam RM550 sebab tengah Baby Fair. Harga asal RM800. OK kan? Aku rasa murah la kot compare carseat lain yg laki aku nak beli sume RM1k ke atas. Membaziaq!! Hehehe..

 

Dengan stereng sendiri sambil membuat muka nak pukul orang. Hehehe...

Muka atak tenyummm... samurai manakah ini?? Hehehe

Terlentok ketiduran

Merenung masa depan. Haha..

Laki ai pilih warna hitam sebab dia cakap smart. Aku nak kaler merah sebenarnya. Tapi sebab bukan aku yg bayar jadi mari diam2 saje. Hihi. Sampai sekarang, Eusoff dah 1 tahun 6 bulan still guna lagi carseat ni. Aku rasa macam lama kot dia boleh guna since ok je aku tengok. Kalau dia membesar lagi boleh bukak padding kat kerusi tu je..

Carseat ni boleh recline 3 point. Yg ni kitorg guna 2nd point sebab kalau tak samaada tegak sangat or terbaring sangat pulak. Kalau dah besar sikit boleh tegakkan lagi kot. And kalau tido baru sesuai guna yg paling recline sekali. Sebab kalau tak nanti dia terlentok. But since kereta aku kecik je, so bila recline baring tu macam sempit gila. Kaki Eusoff mcm tersepit dgn seat depan. So untuk kereta kitorang camnilah paling sesuai..

Review untuk Perreno Safies Carseat ni:

Pros
  • Murah (lah untuk aku. Dalam RM550 sajo time Baby Fair)
  • Padding yang tebal & selesa. Serious tebal gila padding dia. Tak sakit bontot aa anak engko duduk lama2 kat situ
  • Kukuh. Memang solid.
  • Material berkualiti. Kain dia breathable.
  • 3 point recline. Macam yg aku cite before ni.
  • Senang pasang & bukak..kot?? Sebab aku tengok lek je Mr H pasang & bukak. Hehehe..
  • Boleh pakai lama. Ada harapan Eusoff pakai sampai 3-4thn ni. Mudah2an. Haha.
Cons
  • Laki ai pilih warna hitam. Panas oiiii... Kalau kereta park tengah panas pastu bila naik kereta tu kesian gak la anak aku. Tapi kejap je. Pasang aircond ok la. Hehe.
  • Besar gabak. Tapi rasanya semua carseat besar gabak..kan?
  • Pilihan warna terhad.
  • Susah nak dapat kat kedai2 biasa since brand ni tak glamer lagi
  • Seatbelt kat belah tangan tu dengan mudah je Eusoff keluarkan tangan. But mujur yang kat pinggang tu tak boleh bukak sendiri.
So..untuk orang2 yang nak berjimat macam aku, carseat ni boleh jadi salah satu pilihan korang la.. But if korang rasa carseat ni tak penting pun ikut korang la. Bukan aku paksa pun. Kita masing2 ada pendapat sendiri kan. Lagipun sape yg taknak yg terbaik utk anak masing2..kan??

Macam aku, aku choose utk ada carseat sebab if travel jauh2 takkan aku nak pangku dia sepanjang jalan kan? Since kitorang ni rajin berjalan sana sini. And aku tak percaya nak biarkan Eusoff duduk sendiri since dia ni bukan reti duduk diam. Aku pilih untuk ada carseat ni sebab in case terjadi apa2 yg tak diingini macam accident ke (mintak dijauhkan lah Ya Allah..), aku harap pilihan aku ni mampu selamatkan nyawa anak aku & elak dari jadi apa2 yg lebih teruk. Sape tak sayang anak oiiiii.....

Bailah. Tamatlah sesi mereview untuk kali ini. Nanti dapat topik nak review, aku review lagi barang2 lain yang Eusoff guna..ok? :)

3 comments:

  1. Dear Mrs. Emme, many thanks for your review and comments about Perreno. https://www.facebook.com/Perreno

    ReplyDelete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers