Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Friday, June 20, 2014

Sleeping routine Eusoff & perubahan yang amat memberangsangkan! :)

Remember these entries? "Addiction Eusoff..", "Anak korang tidur awal ke lambat??" dan jugak entri "Sleep Train & Bedtime Routine... anyone??". Semua entry ni berkisar mengenai Sleeping routine Eusoff. Dan kali terakhir aku cite mengenai routine & addiction Eusoff..aku tengah struggling sebab Eusoff memang addict nenen.

Dan hari ini.. aku dengan bangganya nak bagitau.. Aku berjaya Sleep Train Eusoff lagi!! Yeay!!! OK2. Tak nak bangga sangat. Takdelah 100% but ada progress la.. Hihi.

Eusoff dah genap 7 malam tido sendiri tanpa perlu disumbat nenen & Alhamdulillah dia dah berjaya soothe himself to sleep tanpa perlu lepaskan gian kat nenen lagi!!!

First of all..aku punya sad news.. Eusoff dah 90% bergantung pada FM. So far kitorang guna S26 Gold & Alhamdulillah sesuai untuk Eusoff. Berat gila hati nak lepaskan nursing & bonding time kitorg. Tapi apa nak buat..

Semuanya start bila susu aku makin lama makin drop a few weeks ago. Memang kurang gila2. Dulu dengan nenen, Eusoff boleh kenyang / cukup untuk tido malam. Tapi lepas susu aku drop, dia memang tak puas. Bayangkan tengah2 malam dia bangun, nenen then mengamuk2 sebab tak cukup susu. Pastu kejap2 bangun, kejap bangun sebab nak susu.

Mula2 aku keraskan hati. Sebab aku ingat kalau aku makin kerapkan breastfeed, supply aku akan jadi normal balik. Tapi lepas seminggu, aku rasa macam aku selfish gila. Sanggup tahan, dengar anak nangis, meraung2 sampai muntah2 setiap malam semata2 sebab aku nak pertahankan untuk breasfeed dia jugak. Sampailah Mr H cakap bagilah susu FM malam. Kesian la kat anak. Lepas tu nak nenen, nenen lah.

Then aku pun mengalah. Aku mula bagi FM malam2 sebelum Eusoff tido. Lepas tu baru nenen. Tengahmalam dia bangun pun sama. Kitorang bagi susu FM dulu. Lepas tu baru nenen. Eusoff reject jugak mula2. Tapi lepas a few nights dia mcm dah accept dah. Setiap malam aku pujuk dia. "Bukan Mummy tak nak bagi Eusoff nenen. Tapi Mummy takde susu. Eusoff susu (botol) dulu ye.. Lepas tu Mummy bagi nenen. Eusoff susu (botol), Mummy peluk..ok sayang?". Hari2 aku ulang dialog yang sama sampai Eusoff mengalah.

Lepas tu bila dia dah tertido or mamai2 nak tertido aku akan bisik kat dia "Mummy sayang Eusoff. Tapi Mummy takde susu. Mummy tak nak Eusoff lapar. Eusoff minum susu (botol) ye sayang.. Eusoff budak baik. Eusoff dengar cakap Mummy ye. Mummy tak nak tengok Eusoff nangis2 sampai muntah2.. Dengar cakap Mummy ye sayang?". Lepas Eusoff dah mengalah & boleh minum FM je malam2, aku teruskan dengan next step.

Masa aku beria2 nak susukan Eusoff walaupun takde susu tu, nipple aku crack. Jadi memang sakit gila. So start malam Jumaat minggu lepas, aku bagitau Eusoff "nenen Mummy sakit.. Eusoff gigit nenen Mummy. Eusoff tak boleh nenen dulu sebab nenen sakit. Eusoff minum susu (botol) ye. Mummy peluk Eusoff".

Mula2 dia macam tak tentu arah jugak la. Asyik nak selak2 baju aku (Eusoff memang suka self-service. Hehe..). Tapi aku buat keras je. Agaknya sebab dah ngantuk sangat, aku tepuk2 bontot dia kejap je dah tertidur.

So aku teruskan setiap malam. Bila dia nak nenen je aku bagitau elok2, nenen sakit. Eusoff susu ye. Mummy peluk. Lepas a few nights, bila dah ngantuk dia akan ajak aku pegi dapur, tunggu kat tempat susu dia. Sambil aku buat susu ade je lah keje dia bertukang ke ape. Then bagi susu kat tangan dia, dia akan tuju tempat tido dia & baring sendiri. Cuma aku kena baring sebelah dia la. Selagi aku takde memang dia tak senang duduk.

Sambil Eusoff minum susu aku just peluk, bobok or tepuk bontot dia. Nanti dia tertidur sendiri. 2 malam lepas, aku bagi susu then baring sebelah dia. Lepas tu aku borak2 dengan Mr H. Tak sedar pun alih2 dia dah tidur. Aduhai.. tiba2 rasa macam dah besar sangat kau, Eusoff. Huhu.. T_T

Tengah2 malam pun bila dia terjaga, nangis nak susu, aku or Mr H just bangun, buatkan susu, bagi Eusoff then aku tido balik. Hehehe.. Sekarang dia dah tido sendiri tak payah bobok or sumbat nenen lagi dahhhhh... Yang penting aku kat sebelah. Heeee...

So..sekarang ni nenen just for comfort je. Selalunya once aku balik keje, petang tu sampai2 je rumah kena bagi nenen dulu. Lepas tu malam lepas dia dinner sambil2 dia main dia mesti mintak nenen. Kalau weekend before dia punya nap siang tu pun kena bagi nenen. Lagi satu kalau dalam kereta. Memang habit gamaknya dalam kereta bosan2 nak nenen. Hehehe..

So far aku rindu jugak bonding time malam2 tu. Tapi aku tetap peluk dia masa dia tido tu. Takpelah.. anak pun dah membesar. Aku kena lah terima..kan? Rasa macam Eusoff dah mula independent dah sekarang. Adehhhhh... mak pulak yang sentimental. Hahahahaha..

Oleh sebab tu Mummy sekarang kalau boleh keluar mana2 pun nak pakai baju sama dengan Eusoff bajet macam kembar la kan?? Kah3.. Padahal bukan orang tak tau tu anak aku kalau tak pakai baju sama pun! Ehhhh... ada aku kesah??? Anak aku, sukahati aku lah nak pakaikan baju apa pun kat dia. Hehehehe..

Eusoff berselfie. Hehehe..

Arrrggghhhhh...cepatnya kau besar Eusoff oiiii!!!!!

Melalui gambar2 di atas dapatlah disimpulkan bahawa mak adalah lebih over daripada anak. Hehehehe..

Eusoff pemalu orangnya.. Hihi..

"Hai! Nama saya Eusoff. Nak berkenalan?"

P/S : Tak perlu nasihat untuk banyakkan susu or apa2 supplement untuk banyakkan susu sebab.. Aku ada sebab tersendiri kenapa susu drop. Sekian, terima kasih.

14 comments:

  1. hehehe.. ada isi ler tuh... kiikki.. xpe beb ok la tu, eusoff pun da besar. should be ok with FM.
    aku sekarang pun dah jarang bf. tapi, still bg la.

    ReplyDelete
  2. its ok la bg fm...ain pun sekarang malam2 bagi raynia minum susu botol dulu..lepastu kalau dia nak nenen dy isap la...baru la lena tido sampai pagi..kalau x...kejap bangun nak nenen...situasi lebih kurang sama je kite ni..mmg susu badan dah kurang..so dengan harapan bila anak asek isap je susu boleh bertambah la...tapi silap..lg dia x puas ade la..so terpaksa la malam2 buatkan susu botol dulu....lepastu nak tido dia isap nenen..lelap sampai pagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita ni... eusoff nenen tetap nenen tapi sebab dah takde susu so kena bergantung FM la..nenen tu buat syarat je.hehe

      Delete
  3. hensem boy!

    p/s : sy yg baby 5 bulan lebih pon susu dah drop. mmg malas nak dgr ckp org..makan itu ini bla bla..BF bagus..FM bla bla..masalahnya, anak aku da stok lapo jerit2 haruk pikuk..dah kalau BM dah keluarnya ciput, tak ke kesian?

    hi! salam singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi dear... tq.. :)

      tu la..anak dah merentan2 kelaparan takkan nak dibiar..ye tak??

      Delete
  4. anak saya dah 2 tahun 7 bulan..jenuh ler nak henti nenen ni..meraung2 nak "susu ummi, nak susu ummi..susu botol tak sedap"...daddy, tolong, tolong ( nak susu ummi, tapi minta tolong kat daddy)
    budak dah pandai cakap mmg payah ler..nanti daddy dia akan cakap 'bagi lah kesian anak tu"

    ReplyDelete
    Replies
    1. bapak2 memang..lembut hati. sebab bukan dia yg kena bf tu bukan dia tau.heheh..
      eusoff xpandai cakap camtu lagi. tapi pandai sebut "nak nenen" sambil tunjuk kat breast.hahahah

      Delete
  5. I pon rasa I kena train Zain jugak. Sekarang ni bangun every 2 hours malam2, ngamuk nak susu.I punya susu drop sangat2..mungkin sebab tu kot dia ngamuk, tak puas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rilla.. I rasa babe. Eusoff menangis sampai muntah2. xsampai hati i tgk..
      last2 mengalah jugak.. apa nak buat..asalkan anak membesar dgn sihat I terima je la..
      lagipun eusoff dah 1thn 7bln..ok dah kot..

      Delete
  6. Ok la tu.eusoff da bsar..biasanya susu drop sbb ade isi.haaaa.btulkn.sbb tu la u x jd vacation kan kan.haha.sj je nk kepoh2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahahahahaha...tetttttttttt....itu kita tunggggguuuuuu...hihihi

      Delete
  7. welcome to the club mak anak 2..(kl betul la)..hihi..i pun pernah ade perasaan selfish tu..tp pasrah akhirnya..sbb mmg da kering xkn nak sumbat menda yang xd ape2 kan..xpe..FM tu pun ok..sejak introduce FM mmg sng sket anak nk tido..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ kina... sedih nak stop bf sebab tu je la bonding time b4 ni..
      tp skrg kena gomol anak lebih sikit sbb dah xbf so kena lebih sket sentuhan kt anak..
      nak selfish pun buat apa..kesian anak kan..
      janji dia membesar dgn sihat xpelah..pasrah je. Allah lg tau segala2nya.. :)

      Delete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers