Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Thursday, June 19, 2014

Teh pilihan aku!

Korang semua peminum kopi atau teh? Seriously..aku memang tak suka kopi. Even nescafe aku jarang sangat3 minum. Kecuali kalau terpaksa. Macam pegi rumah orang then tuan rumah hidang nescafe or kopi ke kan..so kalau macam tu aku give in. Minum la jugak. Tapi kalau nak aku volunteer minum kopi or nescafe hari2 memang tak la.. Even pegi Starbuck pun aku tetap order chocolate. Hehehe..

Tapi..memang berbeza gila dengan Mr H. Dia peminum kopi & Nescafe tegar. Hari2 mesti ada minum ok? Setiap pagi aku akan bangun dulu & pastikan Nescafe dia tersedia atas meja untuk dia minum panas2. Kalau Nescafe 3in1 tu dia paling suka yg warna hijau. Yang paling strong. Kalau aku yg paling mild pun aku tak bape lalu. Nampak tak perbezaan suami isteri ni? Hehehe...Eusoff?? Aku rasa dia ni apa pun bedal. Janganlah tinggalkan air apa pun dalam mug atas meja. Kopi ke Nescafe ke Teh ke memang dia sebat je. Bahaya okeyh? Selalu aku tinggalkan air masak je atas meja dalam botol dia. Sebab kalau dia minum air masak takpe. *cough*paranoidmomalert*cough

Tapi hari ni aku nak cite pasal satu brand teh ni. Untuk pengetahuan korang, ni memang teh paling feveret aku. Aku tau mostly orang minum teh BOH or Lipton. Brand paling glamer. Paling2 pun Seri Songket ke Ahmad Tea ke.. tapi..ini teh feveret aku sejak kecik lagi. Nak tau apa?

Teh wangi Cap Masjid!

Actually teh ni ada sentimental value untuk aku. Dulu masa aku kecik2, arwah nenek aku suka guna teh cap masjid ni. Tapi dulu takde jenis tea beg camni. Dulu guna serbuk teh. Arwah mak aku pun tau aku memang suka teh ni. Kalau aku balik kampung, arwah Mak Tok akan pastikan dia buat teh ni hari2 dan tersedia setiap masa untuk aku minum. Buat siap2 dalam teko. Aku tinggal tuang je. Kalau teh ni abis dia sanggup suruh sape2 pegi kedai beli.. Hihi.

Teh ni macam susah nak dapat kat hypermarket macam Giant, Tesco tu semua. Aku rasa macam laaaaammmaaaaaa gila aku tak minum teh ni. Aku rasa sejak arwah mak & Maktok meninggal kot(dorang meninggal tahun yang sama. 2001). Aku pun dah lupa pasal kewujudan teh ni. So kat rumah selalu aku guna BOH je.

Sampailah satu hari aku pegi beli barang dapur kat Aeon Big Wangsa Maju awal tahun ni. Lalu sebab nak beli Nescafe utk Mr H. Alih2 aku ternampak pek ni. Gila nak melompat aku tengok! Teh wangi Cap Masjid dalam bentuk teabag!! Tak payah guna serbuk teh dah!! Yeayy!! Sepantas kilat aku rembat 1 pek. Malam tu terus buat. Dah hasilnyaaaaaaaa.... even Mr H pun suka teh ni!!! ;)

Teh ni wangi je..pastu memang sedap buat minum. Aku tak taulah aku je ke yang rasa macam ni sebab sentimental value yang ada pada teh ni or memang sedap. Selalu aku buat air Teh O je. Mr H pun dah suka dengan teh ni. Sekarang teh BOH yg ada tak bersentuh pun. Camne tu? Hehehe..

Malam aku memang almost hari2 buatkan air panas utk aku & Mr H. Kalau dulu dia sure2 nak Nescafe. Aku..ikut mood. Kadang2 teh o, milo, horlick.. Tapi sekarang aku rasa almost hari2 buat air teh o. Bila aku tanya Mr H nak minum apa jawapan dia mesti.. "Ikut awak la nak buat air apa..teh ke..". Nampak tak permainan dia disitu?? Hehehe..

Serius..teh ni wangi. Sedap je bau dia.. Aku memang suka minum malam2.. Macam winding down lepas seharian penat keje & melayan anak kan.. Minum2 sambil tengok TV lepas anak dah tido, borak2 dengan laki cite macam2 hal. Tak pun buat lawak2 bodo malam2.. Memang satu rutin yang sgt2 best utk aku! Dulu sorang minum Milo or teh o, sorang minum Nescafe. Sekarang senang. Buat 1 jug kecik je utk dua dua minum. So now Mr H pun dah jadi peminat teh ni.. Korang plak camne? Ada brand2 tertentu yang korang suka tak?? :)

1 comment:

  1. teh ni, kalau buat teh tarik memang terangkat!

    ReplyDelete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers