Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Tuesday, July 01, 2014

Cerita Ramadhan aku...

Bulan puasa ni aku tengok ramai gila up entry makanan. Cissss... engkorang memang saje je nak menguji iman aku..kan?? Ramai yg up entry juadah berbuka yang korang masak sendiri.. Kagum aku. Huhu..

Tahun ni adalah tahun ke-3 berpuasa sebagai isteri. Ecehhh.. Tahun pertama aku ngelat tak masak sebab time tu mengandungkan Eusoff dah 6-7bulan tak silap. Lagipun masa tu kitorang still PJJ, aku duduk dengan parents aku so xdelah bersusah payah nak siapkan makanan utk suami.

Tahun ke-2, dah duduk serumah tapi duduk rumah MIL. Wajiblah MIL aku yang masak saje.. Sahur pun MIL yang kejut. Tahu2 makanan dah ready depan mata je. Sila jangan contohi perangai menantu macam aku ni. Hahahaha..

Tahun ke-3, pertama kali merasa berpuasa dekat rumah sendiri. Tapu buat masa ni tak pernah berbuka rumah sendiri lagi. Sahur je rumah sendiri. Berbuka puasa rumah MIL jugak. Hehe..

Sahur kali pertama aku buat Daging Blackpepper. Tapi terpedas sikit sebab aku bubuh cili padi. Huahuahuaaa.. Aku memang suka pedas2. Tapi Mr H tak bape gemar la. Sebab dah blackpepper, pedas lagi. Hehehe.. Berbuka puasa hari pertama rumah MIL wajiblah aku beli makanan kat bazar Ramadhan je. Tak koser mak nak masak lagi. MIL aku masak pun dah banyak. So aku tinggal beli murtabak, roti john & air je...

Sahur hari kedua.. aku terlajak tido okeyh? Plan nak masak Sayur masak air dengan ikan kembung goreng tapi bukak2 mata dah pukul 5pagi!! Huaaaaa... Dengan bingkas bangun & goreng telur je. Pastu panaskan Daging Blackpepper semalam. Jadi lah... Hehehehe.. Berbuka puasa rumah MIL lagi. Rasanya tahun ni almost hari2 aku akan berbuka rumah MIL kot. Sebab balik keje amik Eusoff kat rumah MIL kan.. Takkan nak bagi MIL & FIL bukak puasa 2 orang je. Jadi marilah temankan. MIL aku pun memang masak banyak mmg sesuai sangatlah untuk menantu pemalas macam aku ni. Hihi..

Sahur hari ke-3 paling best. Sebab aku tak masak langsung. Nasi pun aku tak masak. Aku panaskan je. Sebab semuanya aku tapau dari rumah MIL masa bukak puasa semalam. Hahahahaha... Keji gila kan? Sampai nasi pun aku tapau. Dah MIL aku cakap lauk banyak lebih, nasi banyak lebih. Kalau tak tapau nanti takde orang makan, basi, membazir tau! MIL aku suruh tapau so aku dengan rela hati menapau. Senang keje! Hihihi..

So far aku masih nak membiasakan diri dengan tanggungjawab memasak ni. Aku ni takdelah pandai memasak. Setakat basic tu boleh la. Tapi masih dalam proses trial & error jugak. Sebab bukan senang nak sesuaikan tekak kita dengan tekak suami..kan? Pastu kalau masak lauk nak kena fikir anak boleh makan tak lauk tu..kan?

Aku suka baca entri2 korang yang share resepi macam2 masakan yang simple. Sebab aku pun kadang2 buntu nak masak apa. Balik2 benda yang sama je.. Tapi dah bape hari ni teringin nak makan ikan masak stim lahhhhh... Hari Sabtu lepas gi pasar takde dah ikan merah ke ikan kerapu. Tu lah. Pegi lambat lagi. Memanglah ikan dah abis. Padan muka! Huhu... Aku dapat beli ikan kembung je. Takpe2. Harini aku nak ajak Mr H pegi Melawati beli ikan!!

Korang2 pun.. keep sharing resipi ye? Senang aku nak refer. Hihi.. Tq!! :)

3 comments:

  1. baru nak cadang tapau je dari MIL senang..
    sekali baca ke bawah mmg u dah buat pon.pandai.
    i pon selalu buat..
    tp parents i n parents in law dok jauh, so dah xleh dah nak buat.

    ReplyDelete
  2. haahah best wei berbuka umah parent. klu aku dekat, aku pun nak.

    ReplyDelete
  3. tetibe teringat ikan siakap aku yg dah sebulan agknye kat dlm peti ais..
    sedap tu kalo buat setim.. hahaha.. lg keji,..beli ikan tapi ntah xtau bile nak masaknye..
    laki i mmg suka bzar jekkk.. hahah

    ReplyDelete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers