Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Sunday, July 27, 2014

Dah sedia untuk Raya? Dah sedia untuk mati pula?? #Pray4Gaza

*Sticky entry for now*

 



Untuk sesiapa yang mempunyai hati dan nurani..aku merayu marilah kita sama2 memberikan sumbangan kepada saudara-saudara kita di Gaza, Palestin. Sedang kita enak dibuai mimpi, bersahur nasi panas & berbuka dengan bermacam juadah dari Bazar Ramadhan, mereka tidur dihujani bom, bersahur sekadar yang ada dan mungkin bila tiba waktu berbuka mereka sudah ada di alam lain, syahid, terkorban.

Aku tak nak letak gambar2 yang aku tengok kat laman sosial, kat blog, kat berita.. Sebab aku ni penyedih orangnya. Especially kalau tengok gambar kanak-kanak, bayi yang terkorban.. Kalau tengok pejuang2 yang mati syahid tu aku kental la jugak nak tengok. Bertuahnya mereka, diberi nikmat berjuang demi agama, syahid pada bulan Ramadhan yang mulia.. Kita??

Tak susah pun nak menderma untuk Palestin. Kalau tak boleh transfer online, guna SMS pun boleh. Tak dapat RM100, RM10 pun cukup. Kalaulah aku mampu sumbangkan lebih banyak untuk mereka.... Aku cuma mampu korbankan budget yang aku ada utk beli handbag & baju sempena raya ni. Rasanya aku mampu hidup & menyambut raya tanpa handbag baru & cuma 2 pasang baju kurung. Kelengkapan anak untuk raya dah hampir siap. Tinggal songkok & samping je nak cari. Aku & suami rasanya dah tak perlu nak beraya sakan. Cukuplah tengok anak seronok sambut raya. Tapi.. macammana agaknya persiapan anak-anak Palestin menyambut Syawal? Adakah dengan membeli kain kafan??

Di bawah ni aku listkan NGO-NGO serba Badan-Badan Amal yang mengutip derma bagi memberi bantuan kepada Palestin.  Aku akan cuba update dari semasa ke semasa kalau aku jumpa info2 baru mengenai sumbangan untuk Palestin.

Aman Palestin


 
Website Aman Palestin
Facebook Aman Palestin
 

Muslim Care Malaysia Society

 
 


Islamic Relief Malaysia


I know it said RM250 untuk satu keluarga but you can donate berapa pun yang korang mampu & sumbangan2 korang akan dikumpulkan bagi dicukupkan RM250 untuk satu keluarga. Jadi derma saja berapa pun korang nak..ok??

 
Aqsa Syarif



Aqsa Syarif sedang melancarkan Ramadhan Emergency Relief (Badr Operation) untuk meningkatkan... kesedaran rakyat Malaysia berkenaan isu ini dan mengumpul dana berjumlah RM6 Juta untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin.

Anda boleh membantu dengan menyalurkan sumbangan melalui 5 pakej berikut:

1) Pakej Iftar (RM50/set)
2) Pakej Sahur (RM20/set)
3) Pek Makanan (RM300/set)
4) Hadiah Hari Raya (Eid Gift) (RM150/set)
5) Tabung Kecemasan (Perubatan dan keperluan asas lain)
Website Aqsa Syarif
Facebook Aqsa Syarif

Nah...setakat ni, ini yang berjaya aku kumpul. Korang boleh pilih nak buat sumbangan kepada NGO atau Badan Amal yang mana satu. Tak kisahlah yang mana pun, janji korang ikhlas.. Insyaallah ada ganjarannya. Di bulan Ramadhan yang mulia ni, semoga sedekah kita diterima Allah.. Moga2 sedekah kita mampu menjadi penerang di alam kubur nanti. Aminnn...

Aku takde harta yang banyak nak dikorbankan. Aku cuba setakat termampu. Selain duit yang tak seberapa (Serius..aku rasa regret tak mampu menderma lebih banyak sebab dah banyak habiskan duit pegi Langkawi haritu. Kesal sangat! Tapi apa boleh buat....), ini je usaha yang aku mampu buat. Korang-korang pun harap boleh tolong sebarkan bantuan-bantuan ni supaya lebih banyak orang boleh & tergerak untuk menderma ye... Thank you!! :)

1 comment:

Countings...

Daisypath Anniversary tickers