Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Wednesday, July 02, 2014

Ikan Masak Stim paling simple version Mrs Emme. Hehehe...

Semalam aku mintak Mr H singgah pasar malam kt Melawati untuk beli ikan & udang sikit memandangkan bulan puasa ni dia balik awal 4.30ptg, nak tunggu aku sampai LRT Tmn Melati pun dalam pukul 5.15-5.30.. Jadi aku pesan Mr H beli udang, ikan merah or ikan kerapu dgn ikan cencaru. Boleh tak satu pun takde?? Udang bela ade la. Tapi aku mintak udang laut. Ikan merah or kerapu takde. Ikan cencaru dia terlupa. Berbulu je aku.. Huhu..

Jadi lepas berbuka puasa kat rumah MIL, balik rumah.. marilah kita memasak untuk bersahur pulak. Aku memang malas tahap gaban. Jadi marilah masak apa yang ada. Kat peti sejuk ada ikan kembung je. Jadi... kita buat ikan masak stim je lah ye. Senang keje aku. Dasar pemalas! Keh3...

Ikan Kembung Masak Stim

Bahan-bahan :

Ikan Kembung (atau ape2 jenis ikan yang korang suka la.. Sebenarnya tak bape best guna ikan kembung. Dapat ikan merah or kerapu baru syiokkkk. Huhuhu..)
Bawang
Bawang putih
Cili merah (buang biji)
Cili padi (kalau tak nak pedas tak payah letak pun takpe)
Tomato
Halia
Asam Jawa
Limau kasturi/limau nipis
Gula
Garam

* Sukatan jangan tanya. Sebab aku macam biasa laaa.. Masak ikut suka jadi sukatan pun sukahati aku. Hehehe... *

Cara penyediaan :

1. Hiris bawang, bawang putih, cili merah, cili padi, tomato & halia. Masukkan dalam bekas/pinggan/periuk.

2. Basuh ikan dengan air asam jawa.

3. Masukkan ikan dalam bekas tadi. Perah limau. Tambah gula & garam ikut kesesuaian sesedap rasa. Letakkan asam jawa kalau suka masam2. (Kalau tak pun takpe sebab limau & tomato dah masam. Aku memang suka masam & pedas. Hehehe...)

4. Panaskan air dalam periuk sampai agak2 menggelegak. Letakkan bekas tadi dalam tempat stim. Tutup & tunggu masak. Senang gilaaaaaaa.... (Aku kan pemalas. Wajiblah buat benda2 senang macam ni. Hehehe..)

 

Ko tengok.. besar2 aku potong. Dasar pemalas. Hahahaha... Aku lupa kat rumah takde halia. Ingat ada. Jadi kira halal je la takde halia pun. Hihihi..
 
 

Tada!!!! Gambar adalah sengaja ditepek yang blur sebab bulan puasa ni kan.. Tengok makanan xsedap pun terliuq! Hehehehe...
 
Ini adalah bukti betapa pemalasnya aku. Hahahaha.. Tapi sedap oiiii... Aku suka jek! Tapi terpedas lagi. Almaklum. Aku mmg kuat pedas. Mr H plak tak suka pedas2. Bila masak asyiklah terlupa.. ikut tekak sendiri je. Huhu.. Nampaknya kena berubah kurangkan pedas sikit lepas ni. Hehehehe...

Oh ye...aku tak letak air yang ni. Kalau korang nak kuah lebih boleh letak air sikit dalam bekas before stim tu. Tapi lebihkan bahan2 sikit la so takdelah tawar sgt kuah tu nanti..

Dapat ikan merah or ikan kerapu nanti aku try lagi. Hehehe...

Selamat berpuasa korang!! Selamat berbuka puasa kejap lagi!! Selamat bershopping kat bazar Ramadhan untuk mak2 pemalas macam aku!! Hehehehe.... ;)

1 comment:

  1. sedap nih...tp kena wat time sahur la baru senang nak rasa...

    ReplyDelete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers