Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Tuesday, July 22, 2014

Kuih raya...oh kuih raya...

Aku kan..dah tak sabau nak raya. Bukan sebab nak raya sangat pun. Dah tua bangka ni ape sangat la aku nak rayakan.. Tapi tak sabau nak cuti seminggu. Hehehehe...

Tapi kan..lagi bape hari nak raya ni baru aku sedar.. aku baru beli 1 jenis je kuih raya. Hahahaha... Kengkonon masa awal puasa tu nak tunggu hujung2 baru nak order online je. Ni dah hujung2 baru teringat balik. Nak beli online memang tak sempat la seller nak pos..kan?

Hahaha...bertabah je la dulu. Malam raya kang aku dera adik aku buatkan kuih raya. Tak pun aku beli time lelong malam raya tu. Murah sikit. Aku dah la bukan jenis suka mkn kuih raya pun. Takat 3 jenis cookies ok la kot? Lain2 aku jamu tetamu kerepek, kacang dengan cekelat je lah ye... Jemput lah datang rumah raya nanti.. Hehehehe....

Nak buat sendiri kat rumah aku memang takde oven. Lagipun...aku tak cukup rajin. Hahahahaha...

PS : Baju melayu laki aku takde lagi ni haaaaa... Kang kalau korang tengok gambar raya aku tahun ni laki aku tak mengikut tema, sila faham bahawa aku dah tak koser nak paksa2 dia beli baju melayu mengikut tema lagi. Cerewet ya ampunnnnnnnnn.... Ajak gi Jakel beli Baju Aaron Aziz tu pemalas la pulak! Haihhhhh.... -_-'

No comments:

Post a Comment

Countings...

Daisypath Anniversary tickers