Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Monday, July 07, 2014

Langkawi Shopping Trip : Part 1 (Tourist Attraction)

25-27 June 2014 haritu, aku, Mr H, Eusoff & MIL buat short trip to Langkawi. Tujuan utama trip ke Langkawi adalah bershopping sempena raya. Iye... gila jauh shopping raya. Haha.. Tapi bukan aku yang nak shopping. Sebenarnya bawak MIL aku bershopping ke sana. Ajak gak FIL aku tapi dia malas nak ikut lebih2 lagi tujuan utamanya adalah bershopping. So dia cakap dia nak tinggal. Maka pergilah kami berempat naik flight. Flight la. Tak koser aku nak drive jauh2. Hehehe....

First time ke KLIA2. Review aku : Not bad. Besar. Banyak gila tempat shopping. Banyak facilities macam toilet, ATM, etc. Senang gila nak pergi. Kitorang park kat TBS then naik ERL ke KLIA2. Dalam 30mnt perjalanan. Tapiiiiiiiiiii...oleh kerana KLIA2 ni besar gila, perjalanan dari terminal nak ke gate tu agak jauh la. Kitorang dapat Gate K. Nasib baik bukan yang hujung2. Tapi mengah jugakla berjalan. Kesian jugak la MIL aku nak jalan jauh2. Kalau bawak org2 tua ni tu je la masalah dia...

Aku pendekkan cerita je la eh.. Antara tempat2 yang berjaya dilawati adalah :


Langkawi Cable Car
 
Masa naik cable car. Not bad..

 
View dari dalam cable car

Muka baru bangun tido macam nak pukul orang. Hehehe.. Sila abaikan badan saye yang semakin menembun itu. Huhuhu...

Masa naik ok. Masa turun takut terus mintak Daddy pegang. Hahahaha

So far utk aku ok jekkk.. Tak seram sangat la Cable Car ni.. Maybe sebab aku ni adrenaline junkie sikit. Huhu..

Muka tourist paling tourist skali. Hahahaha...

Muka paling rilek sekali pegang ular.. Padahal ular tu dah belit kaki dia dah masa ni..

"Kenapa ular ni belit kaki Eusoff, Daddy? Dia ingat ni drumstick KFC ke??"

Topi feveret. Dia yang pilih sendiri ok.. Siap cakap "Nak. Nak!" lagi...
 
 
Tiket naik cable car sahaja RM15 utk dewasa. Kanak2 aku lupa. Dalam RM10 kot. Tapi kalau baya2 Eusoff free je. Ada jugak banyak aktiviti lain mcam Duck Tours, jungle trackking, ATV, etc.. Tapi kitorang naik cable car je. Orang tak ramai since bukan cuti sekolah or peak season. So tak payah beratur panjang. Kalau time cuti sekolah or peak season baik beli tiket online awal2.
 
Time naik cable car ni asyik la staff2 dia snap gambar sana, snap gambar sini. Kalau taknak pun kadang2 dia suruh jugak snap. Lepas tu dia cuci & offer kita nak beli ke tak. MIL aku beli la 2 keping masa kat 1 stop tu. Tapi next, next, next stop pun ada lagi. Pastu depends kat orang yang jual jugak. Ada yang ok je tapi ada yg macam paksa2. Tu je yang aku tak suka.
 
Kota Mahsuri

Pelan tapak dalam Kota Mahsuri.
 

Kampung Kedah

Rumah kampung dulu-dulu

Fefeling Mahsuri. Keh3..

Melawat kawasan

Seronok budak bandar ni. Almaklum. Tak pernah merasa jumpa rumah kampung. Bergegor jugak rumah ni dia berlari sana sini.

Bapak dan anak adalah sepesen. Hehehe..

Telaga Mahsuri. Mahal oiiiiiii.... Air dia sebotol kecik pun dah RM2. Aku tanya budak yang jual tu kalau minum air ni boleh cantik macam Mahsuri tak. Kalau confirm cantik, aku beli. Kalau tak, tak payah. Baik aku beli air mineral je. Hahahahaha...

Tengok "pisssshhhh" depan Kota Mahsuri.
 
 
Tiket dewasa masuk Kota Mahsuri ni RM7 utk dewasa. Kanak2 tak ingat. RM4 kot? Baya2 Eusoff free. Dalam ni boleh tengok macam muzium dia paparkan sejarah & barang Mahsuri tapi tak boleh amik gambar kat sini. Lepas tu ada makam Mahsuri. Aku tak snap gambar makam tu sebab..macam takde function je amik gambar kubur..kan? Ada yang cakap tak elok amik gambar kubur. Apa2 pun aku mmg tak snap sebab aku rasa takde gunanya. Hehe..
 
Then ada contoh2 rumah Kedah. Tu yang kitorang pegi tu. Pastu dalam tu ada jual kuih telinga keling tu. Sedap oiiii. MIL aku beli. Aku makan je. Hihihi... Souvenier pn ada jual tapi mahal sikit la dalam ni.


Jeti Langkawi
 
Subhanallah... cantik betul kan?

Hari nak hujan masa ni. Tapi pemandangan memang cantik sangat2!!
 

Padang Matsirat
 

Pemandangan pantai

Sunset in Langkawi

Tak banyak tempat pun kitorang pegi. Sebab tujuan utama pegi Langkawi ni adalah bershopping. Tu pun bila dah gila bershopping asyik lupa nak snap gambar. Hehehe...Bab shopping2 next entry lah aku cite eh... Huhu...

No comments:

Post a Comment

Countings...

Daisypath Anniversary tickers