Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Tuesday, July 08, 2014

Langkawi Shopping Trip : Part 2 (Shoppings)

Sambungan kepada Langkawi Shopping Trip : Part 1 (Tourist Attraction). Entry kali ni cite pasal tempat2 shopping yang kitorang pegi sepanjang kat Langkawi.
 

Mula2 tepek gambar tuan tanah berserta boss besau. Hehehe...

Sesi pembulian berlaku..

Muka senang hati dapat cekelat banyak gilaaaaaaa....


Sepanjang kat sana adalah "beberapa" tempat shopping yang kami lawati... Meh tengok gambar2. Ada yang aku snap, ada yang aku rembat from Google sebab lupa nak snap gambar. Hahahaha...

 
Kompleks Haji Ismail Group

Tempat paling banyak hantu, jin & syaitonnirrajim.. Jangan masuk kalau tak kuat iman. Hahahahaha...
 
 

Dalam kompleks

Antara barang2 yang ada..

Ini adalah tempat paling "keras" sekali dalam Langkawi. Hahahahaha.. Kat sini kitorg pegi 2x. Kali pertama beli barang sikit je lah.. Tapi esoknya before balik tu singgah lagi nak beli coklat & goodies/souvenier since takut coklat cair if beli awal2.. Kali kedua tu shopping coklat (mostly) & barang2 lain (aku beli kain pelikat 2 helai, kain batik 3 helai).. total semua sekali dah dekat RM600!!! Gila koooooo... tak pernah aku shopping coklat sampai beratus2. Hahahaha... Sekarang ni fridge aku penuh coklat. Raya kang meh la datang rumah. Aku jamu coklat. Hahahaha...

Dalam kompleks ni ada macam2. Dari pinggan mangkuk, periuk, coklat, tuala, cadar, beg, macam2 lah!! Kalau niat korang datang Langkawi memang nak shopping kat HIG group ni, sebelah kompleks tu ada Hotel HIG. Boleh tidur sini. Senang nak shopping sebelah bangunan je. Hehehe... Hari Jumaat HIG tutup masa solat Jumaat ye. Lepas tu bukak balik...

Depan Kompleks HIG ni ada macam kedai2 makan. Kitorang sempat singgah satu kedai ni pekena pasemboq dia. Sedap!!

"Huh! Bolayan!!"

Sementara menunggu pasemboq sampai...mari kita berjimba! Hehehe...


Selain Kompleks HIG tu..kitorg singgah jugak cawangan dia yang kecik2 macam yang ni. Yang ni depan Langkawi Saga. Tapi tak beli apa sangat la since kat kompleks tu ada semua. Harga pun mana2 HIG group sama je...
 
 
Rams Home Deco
 


Tempat feveret selain Kompleks HIG..

Berjaya merembat periuk ni. Murah beb!! Murah la dari kat KL... Cukuplah utk aku periuk besar ni je. Masak pun untuk berdua setengah je. Eusoff kira setengah sebab dia makan tak banyak pun. Hehehe...

Yang ni pun murah gila tapi yg aku beli tu better kot sebab ada 3. Hehehehe...

Kedai ni dekat sebelah Pekan Rabu (eh? yeke nama dia Pekan Rabu? Rasanya lahhh). Tapi kedai dia menghadap belakang so kalau korang dari jalan besar maybe tak perasan. Aku suka kedai ni sebab aku rasa barang2 dia murah2 jugak. Walau pun kecik sikit dari Kompleks HIG tapi macam2 ada jual.

Idaman Suri

Besar jugak bangunan dia beb!

View dalam Idaman Suri. Yg ni aku cilok dari Google sebab dalam ni xboleh snap gambar.
 
Idaman Suri ni murah kalau korang nak beli pinggan mangkuk, periuk, etc.. Compare HIG & Idaman Suri, Idaman Suri lagi murah bab2 pinggan mangkuk, periuk tu sume. Tapi harga lebih kurang dekat Rams Home Deco tu jugak la.. Kat sini aku beli set sudu garfu, sudip, senduk & bekas kaca yg boleh masuk microwave je. Ada periuk pemanggang yang kecik comel je. Murah gila. Dalam RM29 tak silap aku. Nipis sikit tapi ok lah utk orang yang jarang masak macam aku. Kalau bakar ikan utk berdua tu sesuai sangat.. Tapi aku xbeli pun. Sebab dah beli kt HIG. Jumaat before balik tu ingat nak singgah belikan pemanggang tu utk souvenier tapi rupa2nya Jumaat tutup. So takde rezeki..

Lain-lain tempat
 

Langkawi Saga
 
Standard lah harga dia.. Kitorang beli a few baju & luggage bag kat sini. Almaklum.. Shopping terover sampai x muat beg. Terpaksa beli beg lagi. Tapi kat sini murah tau beg dia. Beg trolley size medium baru RM75! Granted, nipis sikit la.. Tapi pada aku harga dia berbaloi sebab tempat lain pun dlm RM1++ kalau size tu.
 
Dekat Langkawi Saga ni ada 1 restoran Ikan Bawal Goreng. Sedap jugak. Sape2 yang pegi boleh try makan kat kedai tu. Kedai dia seberang jalan besar.

The Zone
 
Sebelah Langkawi Underwaterworld area Pantai Cenang. Tapi tak best lah. Mahal dari tempat lain kat Langkawi! Barang2 pun biasa2 je.. Kitorang singgah je sebab dekat dengan hotel. Malam2 depan Underwaterworld ni ada ala2 uptown gitu. Ok la kalau nak shopping baju2 buat cenderahati.

Warisan.
 
Boleh la.. aku rembat kain batik 2 helai je kat sini.

Coco Valley
 
Biasa2 je. Tapi kat sini terjebak membeli Steam Iron Tefal. Apakah?? Tetiba beli iron padahal takde dalam list barang nak shopping pun. Ni sume Mr H punya pasal. Tapi kira murah la dari kat KL. Kalau kat KL Steam Iron Tefal tu mau RM1++ jugak...
 
 

Kereta yang berjasa mengangkut barang2 shopping

Mazda2 jek.. tapi Alhamdulillah selesa...

Driver kecik

"Nak pegi mana? Meh Eusoff tolong bawakkan..."
 
Untuk sewa kereta ni aku amik dengan Nafihan Travels. Sebenarnya dia offer gak Vios. Harga sewa sama. tapi kitorang memang saja pilih Mazda 2 sebab sebelum beli Peugeot ni memang ingat nak beli Mazda 2. Tapi tak jadi beli. So mari kita sewa Mazda 2. Merasa lah jugak naik. Hehehe...
 
Aku rasa so far dengan dia paling murah harga sewa RM80 utk 2h1m (off peak season). Kitorang amik utk 3h2m sepatutnya RM160 tapi dapat diskaun jadi RM150 je.. Deposit RM100 dah bayar awal2 masa booking. Lepas pulang kereta, xde problem baru dia pulang balik RM100 tu. Nak deal pun senang. Kitorang mintak nak amik kat airport & pulang balik pun kat airport. Just call/sms/whatsapp je pukul berapa, pukul berapa. Dia on je.. Sape2 nak sewa kereta kat Langkawi boleh call/sms/whatsapp no ni 0134353413 (Hanafi) . Deal je dengan dia. Senang.. :)
 
Takdelah banyak tempat pun pegi sebab tujuan utama memang nak bawak MIL aku shopping. Kalau dah shopping confirm la 1 tempat pun makan masa berjam2..kan? Hehe.. Kitorang tido kat Sweet Inn Motel area Pantai Cenang. Review aku biasa2 je. Murah mmg murah la. RM110/night utk 1 katil Queen+1 Single. Siap breakfast utk 3org sekali. Tapi xdelah gah mana pun. Boleh la setakat buat tido. Bersih, selesa.

Kitorang pilih area Pantai Cenang sebab senang nak cari makan malam2. Tempat dia memang happening la malam2. Ala2 Krabi dah aku rasa. Ramai mat saleh kat area ni. Pantai memang dekat tapi time yg aku plan nak bawak Eusoff gi pantai boleh hujan gerimis pulak. Terus tak jadi. Tapi Alhamdulillah sepanjang kitorang kat sana cuaca elok je..

Cukuplah kot entry pasal Langkawi ni.. Tak tau ape nak cite lagi. Rasanya korang pun mesti dah pernah pegi Langkawi...kan? Aku buat entry ni untuk orang yang tak pernah pegi Langkawi so ada tempat nak refer. Ke... aku sorang je yang dah doplohtujuhtahun hidup tapi baru merasa pegi Langkawi? Hahahahaha... kesian kan aku?? Hehehehe..... ;D

2 comments:

  1. Sama la..aku aku pun umo 27 baru gi langkawi.. hahahaah..naseb ade geng...keh3..

    ReplyDelete
  2. masa kecil2 dulu ada jugak g.. pakcik ada kat perlis.. lama dah tak g ni..

    ReplyDelete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers