Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Tuesday, July 15, 2014

Sofa Raya!!

Huaaarrgghhh... tajuk nak gempak. Bajet aku dapat sofa raya ke? Takde makna okeyh? Sofa yang ada tu baru beli awal tahun masa pindah rumah aritu. Engko dah gila nak suruh aku beli sofa lagi? Pengsan laki aku kang. Hahahaha... Before puasa aku beli fridge je. Itu pun sebab kebetulan dapat rezeki sikit. Mula2 nak cari fridge kecik je bawah RM1k. Tapi terover budget pulak masa beli tu. Terus jadi lebih Rm1k. Keji sangat kan? Suka macam ni tau. Hahahaha...

Aku nak tunjuk sofa raya si Eusoff je ni.. Aku suka gila sebab aku rasa comel. Almost match pulak tu dengan sofa rumah kitorang. Almost la. Sebab tang tempat duduk tu kitorg punya sofa full kaler coklat. Eusoff punya sofa ada jenis kain belang2 tu..

Muka khusyuk tengok Hi-5

Seat paling first class sekali sebab betul2 depan TV. Da letak belakang pun dia tolak sendiri kerusi tu ke depan. Hehehe..

Mr H pendengki. Selimutkan anak pastu cakap.. "Eusoff buat sauna nak kuruskan badan". Hehehe..

Pedulik apa Eusoff. Hi-5 tetap tengok. Hehehe..

Nak bagitau je.. Aku beli kerusi ni murah gilaaaa!!! Aku kan memang suka benda murah2 ni. Hehehe.. Aku beli ni kat Giant Batu Caves. Dekat je dengan rumah. Kalau nak tau, harga kerusi ni dia letak harga promotion RM69.90 ke RM69.99. Kira RM70 la senang. Aku rasa macam dah murah dah tu.. So rembat satu dulu. Sekali masa bayar, cashier tu scan, harga dia jadi RM50 saje!! Yes RM50 JE!!! Terus nyesal sebab beli satu je. Malam ni nak pujuk Mr H ajak gi Giant beli lagi satu. Mintak-mintak ada lagi design ni. Aminnnn.... Hehehe...

Sejak jadi mak, beli barang2 sendiri tak rasa eksaited pun. Tapi kalau beli barang anak mcm eksaited gila. Hehehe.. Persiapan raya korang camne? Aku baju kurung 2pasang je. Kasut sepasang. Handbag takde sebab bajet dah derma kat Tabung Aman Palestine. Mr H pun takde sangat persiapan raya. Tapi kalau bab persiapan anak memang lengkap. Macam tak cukup2. Ade je yang nak beli. Hahahaha.. Korang ada macam ni tak? Huhu...

P/S : Bersiaran dari office ni. Bosan gila. Orang lain semua cuti Nuzul Quran. Apesal la office aku je keje?? Huaaarrrrggghhhh.... Tapi harini balik awal. Lambatnya nak tunggu pukul 2 oiiiii... Dahlah tekak perit je arini. Seksa betul!! Ni baru seksa dunia. Seksa kubur nanti camne lah agaknya..kan? Astaghfirullahalazim...

8 comments:

  1. comelya eusoff dengan sofa barunya, nampak macho dan bergaya ;)

    ReplyDelete
  2. comel la sofa br eusoff... dapat 1 set lagi best. wakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hamboi linnn..agak2 la satu set.rumah besar reban ayam je ni.mana pilak nak sumbat.hehe

      Delete
  3. Sama le. Baju anak nak raya dah bnyk. Mama 2 psng murah2 punya, papa baju melayu kitar semula. Acaner?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama laaa..mak bapak dah puas beraya kecik2 dulu.xpe.bg anak merasa seronok beraya..ke makbapak je yg over? Hehehe

      Delete
  4. comey je dia duk landing atas sofa tu. cadang nak carik gak seketul kat anak. senang diorg nak layan tv kan?

    ReplyDelete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers