Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Tuesday, July 08, 2014

Tujuan nama penuh anak...

Aku rasa kan..antara purpose bagi nama panjang2 kat anak adalah supaya senang dia distinguish tahap keseriusan mak bapak masa panggil dia tu. Macam contohnya untuk aku la kan.. Bila aku panggil Eusoff ada beberapa tahap macam contohnya :

"Cop!Cop!Ucop!" - mak bapak tengah main2 / tak betul. Jarang gila panggil camni kecuali time buat lawak.

"Eusoff!" - panggilan biasa. Memang dibiasakan panggil Eusoff instead of nickname lain.

"Muhammad Eusoff!" - Mummy/Daddy tengah serius. Atau Eusoff hampir/ada buat salah.

"Muhammad Eusoff Bin Mohd Muzaffar!" - BIG TROUBLE. Memang 'mendapat' lah jawabnya.... Hahahaha...

Nasib baik nama Eusoff panjang tu je. Macam aku kecik2 dulu kan.. Nama aku agak panjang tau. Aku pun rasa nama aku panjang yg kadang2 buat aku menyampah nak isi nama kat borang time exam. Hahahaha.. Kalau arwah mak aku panggil pun ada a few stages :

"Na!" - nama panggilan aku dari kecik. Cuma arwah mak & family rapat je panggil aku Na

"Akak!" - ni mesti nak suruh buat apa2. Hehehe...

"Nur Amalina!" - Tahap serius / warning kali pertama. Sila bersedia.

"Nur Amalina Atiqah!!" - Tahap serius gila / warning kali kedua. Hampir2 dah tu...

"Nur Amalina Atiqah Binti Sehabudin!!!!!!" - I'm DEAD, man....

Hahahahaahahahaha....

Korang pulak macammana?? Ada cara panggilan tak nak tau korang in trouble ke tak dengan makbapak masa kecik2 dulu? Hehehe..

Sampai sekarang aku rasa rimas kalau orang letak nama anak panjang2. Macam nama aku, aku jarang gila guna Atiqah sebab aku rasa aku tak melambangkan nama Atiqah tu pun. Nama adik2 aku pun sama je panjangnya.. Muhammad Anwar Hadi & Nur Ayuni Afiqah. Tah la. Makbapak aku memang suka nama panjang2 kot... Tapi tetap org panggil Anwar dengan Yuni je adik2 aku..

Serius tak best nak isi nama panjang2 sampai tak muat form kadang2. Insyaallah nama anak2 aku, aku nak bagi ringkas2 je. Cuma bab Muhammad tu memang kena eja penuh la..kan? :)

3 comments:

  1. hhaha.. aku suka gak nama panjang2.. sebb nama aku pendek je. noraslin!! tu je. tapi mak pak panggil along. uhuhuh

    ReplyDelete
  2. mmg betul.kalau mak pak sebut nama penuh tu, maknanya parah la

    ReplyDelete
  3. buh nama anak 3 perkataan juga.. pngil nya nama tengah..
    Luth

    ReplyDelete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers