Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Wednesday, August 06, 2014

Beraya di kebun.. engkorang ade??

Nak cite jugak pasal Raya kedua. Tahun ni memang aku beli baju kurung sepasang je. Tu pun jenis kain cotton pastu aku memang taknak batu2 sebab leceh kalau dengan Eusoff. Pastu ade sepasang baju kurung pink plain tahun lepas aku tak pakai2 lagi. Nampak tak betapa penjimatan aku di situ? Keh3.. Sebelum raya haritu Mr H bawak aku pegi KLRaya Fest kat PWTC. Pegi berdua je. Merempit. Anak tinggal dengan MIL. Tapi hazab gila nak bershopping. So aku just rembat Sehelai skirt & sehelai blouse kat Adra. Tu pun sebab Mr H offer. Rugi kalau tak rembat. Hehehe..

Nak dijadikan cerita..aku tak try pun blouse tu. Pagi raya kedua terus sarung. Pastu adik aku cakap macam pakai guni. Nampak macam baju pinjam sebab besar. Adoilaaaa... Last2 aku rembat blouse adik aku buat pakai raya kedua. Heheheehe..

Apa berlaku di hari raya kedua?? Kami beraya kat kebun buah-buahan. See?? Havoc tak raya aku? Orang lain beraya kat rumah, aku beraya kat kebun. Siap sempat picnic makan durian lagi. Hehehehe...

Ada ciri-ciri petani berjaya tak laki aku nih?? Hahaahaha...

Aku tolong jugak. Tolong snap gambar dari jauh. Hahahaha...
 
Petik buah ye2 jek... Sampai ke tu bangggg?? Kah3..

Aku? Aku tolong tengok dari dalam kereta je. Takut oiii nak turun. Anjing yang jaga kebun ni ada la dalam 10 ekor. Besar2 plak tu. Ngeri aku.
 
 
Alkisahnya.. makcik Mr H ada kebun kat Pontian. Pagi raya kedua tu dia suruh datang jugak petik buah kat kebun dia sebab takde sape nak amik lagi. Sampai naik busuk buah2 tu. Jadinya.. pegilah kitorg 2 kereta. Petik buah pulasan, rambutan & duku je. Tapi sampai 6 guni!! Tu pun seb baik dah tak muat bonet. Kalau tak makcik dia nak suruh angkut dengan pokok2 sekali gamaknya. Hehehe..

Kebetulan ade 3 biji durian baru gugur. So menyempat la picnic makan durian pepagi buta. Hahaha... Sedap woooo... Dari Pontian kitorg ke Yong Peng. Lepas tu ke Batu Pahat. Sempatlah jugak setiap rumah kitorg tinggalkan barang seguni buah. Keh3..

Tu pun hari Sabtu before balik KL tu sempat singgah Pontian lagi. Amik barang 2 guni lagi buah bawak balik KL pulak. Seb baik aku tak bawak lori. Kalau tak aku bawak balik KL buat meniaga. Kah3..

Pagi2 Eusoff dah bangun siap2 nak pegi collect duit raya..

Untuk anak aku memang sesuai beraya pakai camni je. Seluar pendek. Hehehe..

Dalam kereta, bapaknya tengah sibuk petik buah si Eusoff bantai membuta. Recharge bateri katanya....

Ini adik saya dan dia seorang sengal. Orang cakap muka kitorang sama tapi saya dengan yakin mengatakan bahawa saya adalah lebih cun dari dia. Phui!!! Kah3... ;p

Kami dah ready nak beraya!! Kecuali Eusoff. Budak ni bukan dia pedulik apa pun...

Itu jelah gambar2 yang ada untuk raya kedua. Kat rumah sedara mara aku tak menyempat nak snap2 gambar sebab bila dah jumpa sepupu sepapat tu mmg sembang tak ingat dunia dah. Hehehe.. Lain2 kali kite citer2 lagi ye...

SELAMAT HARI RAYA!! :D

No comments:

Post a Comment

Countings...

Daisypath Anniversary tickers