Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Monday, August 11, 2014

Open House Aku..

Soalan feveret raya tahun ni: Tak buat open house ke??

Dulu duduk dengan family takdelah orang yang tanya soalan ni. Tahun ni dah duduk rumah sendiri, ada la yang bertanya. Aku sebenarnya serba salah nak jawab. Sebab..bukan aku tak nak buat. Tapi keadaan tak mengizinkan.. Huhu..

Orang lain rumah besar, atas tanah, ade laman.. Aku ni rumah kecik aje. Kang jemput orang datang ramai2, roboh pulak rumah aku ni haaa.. Hehehe.. Yang sebenarnya apartment aku ni susah sikit nak parking. Parking visitor manjang full sebab rumah2 yang ade lebih 1 kereta ni manjang park kat visitor je. Pastu harap nak park kat luar pun asyik penuh je. Sebab sebelah apartment aku ni rumah flat. Parking dorang tak cukup so ramai yg park kat luar sampai ke jalan besar. Kalau aku jemput orang datang mesti kesian sebab kena park jauh2. Dah la susah nak park.

Bab masak2 tu..memang aku tak teror la. Setakat masak simple2 tu boleh la. Hihi.. Jadi raya tahun ni sape2 yang tanya tak buat open house ke..jawapan aku adalah rumah aku sentiasa terbuka. Nak datang, roger je. Insyaallah aku tunggu kat rumah kalau takde aral...

Korang2 pun jemput lah datang rumah raya ni.. Kalau nak tunggu aku buat open house, sila lah doakan aku cecepat beli rumah besar2 sikit, atas tanah, ada laman...senang sikit aku buat open house. Hihi.. :)


PS: Aku dah lama tak tepek gambar rumah kan? Takde update sangat rumah aku sebab manjang bersepah angkara budak kecik ni. Malu nak letak. Hahaha... Insyaallah nanti ku tepek. Sebab ada nak mintak opinion ni..Hihi

1 comment:

Countings...

Daisypath Anniversary tickers