Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Tuesday, August 19, 2014

Resepi Steak Daging Blackpepper Version Derhaka By Mrs Emme. Hehehehe...

Ini kisah weekend lepas. Aku demam oiii...ni sume menjangkit boss yang baru balik Europe. Cisss...dala tak bagi souvenier, bagi virus pulak. Laki haku lagi la hampeh... ada ke patut dia cakap "Tak check ngan Louise kot2 dia bawak balik virus Ebola ke...". Choiiii sangat ko ni bang!!!!

Sabtu petang tu pegi pasar kat Melawati beli barang basah. Dalam peti sejuk aku dah kontang dah. Beli daging batang pinang (laki aku prefer batang pinang je). Aku cakap beli setengah kilo je lah. Ehhh..taaaakkk. Mari beli sekilo. Bajet kat rumah ada lapan orang nak makan ke bang?? -_-'

Rupa2nya balik pasar dia suruh aku marinate daging tu. Ehhh.. engko ingat engko makan sampai setengah kilo ke bang oiii.. Dalam demam2 layankan jugak la tekak laki aku ni haaaa. Dah lah tak bagitau awal2. Bahan2 memang aku guna apa adanya je la... Resipi derhaka namanya ni.. Hehehe..

Ni resepi paling simple untuk Steak Blackpepper Daging aku.

Bahan-bahan untuk marinate :

Daging (Potong/ hiris ikut besar mana korang nak). Kalau nak sedap hiris jangan tebal2 sangat.
Blackpepper
Lada sulah
Sos Blackpepper
Garam (secubit buat rasa je)
Serbuk kunyit (secubit jugak)

* Gaulkan semua bahan2 ni. Seelok2nya biar semalaman so rasa bahan2 tu meresap kat daging*


Rupa daging yang aku marinate. Ni untuk 2 orang makan je.. Tak sempat marinate lama-lama. Laki aku nak makan malam tu jugak. Sempatlah marinate 2 jam je...
 

Bahan-bahan untuk Sos BlackPepper :
 
Antara bahan-bahannya.. Aku susun sebab ingat nak mtk Mr H buatkan sos tapi non hado.. Laki aku tetap nak aku jugak buat walaupun aku demam. Dia buat tak sedap dia cakap. Elehh.. bodek la tu. Pangggg skali baru tau. Hahahaha

Errkkkk... Abaikan botol2 susu kat belakang tu ye.. Hihi..

  • Minyak (aku guna Extra Virgin Olive Oil) dalam 2 sudu
  • Bawang putih & bawang besar (aku guna yg dah siap blend dalam 1 sudu each)
  • Sos tiram - 2 sudu
  • Sos blackpepper - 2 sudu
  • Sos cili - 1 sudu
  • Sos tomato - 2 sudu
  • Seasoning - secukup rasa
  • Blackpepper - ikut korang nak banyak mana
  • Lada sulah
  • Gula
  • Garam
  • Kicap manis or kicap pekat - 2 or 3 sudu. Aku guna kicap yg ada je..
  • Mushroom or sos mushroom. Aku takde jadi abaikan je
  • Oregano & Thyme - or kalau korang ada mixed herb pun boleh guna ni je
  • Air (untuk pekatkan or cairkan sos)
  • Tepung jagung (standby untuk pekatkan sos kalau terlebih cair)

Cara masak sos :

1) Tumis bawang putih & bawang besar sampai naik bau
2) Masukkan Sos tiram, sos cili, sos tomato, seasoning, kicap, blackpepper, lada sulah, garam & gula.
3) Guna api kecik ye kawan2
4) Masukkan mushroom. Tunggu seketika.
5) Masukkan gula & garam.
6) Masukkan thyme & oregano atau mixed herb
7) Pastikan sentiasa kacau sos tu sebab kalau tak nanti yang belah bawah tu macam hangit sikit.
8) Bergantung korang nak sos pekat or cair. Macam aku nak cair sikit so masukkan air sikit.
9) Kalau dah tercair korang boleh masukkan tepung jagung untuk pekatkan balik.
10) Biar sekejap atas api kecik. Then tutup. Siap!!
Rupa sos masa tengah masak
 
Aku grill daging guna pemanggang ni je. Besar gabak gila. Nyesal tak sempat beli kat Idaman Suri yang kecik sikit tu..

 
 
Mula-mula aku dah tersilap langkah sebab pegi letak olive oil terlebih. Aku lupa yang daging akan keluarkan minyak jugak. So tengah-tengah grill tu aku tutup api kejap, buang minyak then sambung grill balik. Hehehe...

See?? Berminyak gilaaaaa... Geli mak!!! Tolong jangan buat kesalahan sama macam aku. Hehehe...

Tada!!!! Potion untuk 2 org. Hotdog tu aku punya. Saje grill skali. Hehehe...
 

Dah curah sos. Heeeeeee.....
 
Sos tu ada lebih untuk sekali makan lagi (Potion 2org) so masuk peti ais. Semalam balik lambat so maybe aku marinate daging lagi malam ni. Esok boleh buat lagi. Hehehehe....

1 comment:

  1. Ini menu paling sempoi. Saya nak Cuba lah malam ni maklumkan brg xcukup.

    ReplyDelete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers