Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Monday, October 20, 2014

Cara pantas aku atasi anak tantrum.

Uiks..lama sunyi sepi blog aku..kan? Hahahaha... Ampunnnn... Ai iz bizi. Keh3.. Bizi part-time business yang dah bertambah satu lagi cabang product. Gitewwww... Yang tu kemudian2 aku cite..

Harini trending pasal ANJING. Ye la.. pasal kempen "I want to touch a dog" tu. Tahla. Aku ni tak cukup ilmu agama. Iman pun xkuat lagi. Jadi... tak perlulah aku nak komen kot. Biarlah2 orang2 yang layak je yang komen.

Harini aku just nak record experience aku. Pasal Eusoff. Aku tau mak2 mesti selalu alami pengalaman anak tantrum kan?? Ke aku je?? Keh3... Aku tak cakap anak aku baik sangat. Kadang2 dia menguji kesabaran jugak. Tapi paling menguji kesabaran bila dia tantrum. Nangis melalak2 sume benda tak kena, mengamuk lempar2 barang macam kena rasuk setan.

Ye. Aku cakap betul. Macam kena rasuk setan. Sumpah. Anak orang aku tak tau la. Tapi anak aku macam tu. Ada masa yang dia macam tak boleh control dah marah dia tu. Dulu aku cuba jugak faham. Tapi kesabaran aku ni nipis sikit. Bila dah tantrum macam kena sampuk tu kadang2 aku ni ringan je tangan nak pangggg skali. Ngeh3...

Aku nak share ni sebagai ilmu. Kot2 ada yang nak belajar ke..kan?? Aku pun anak baru sorang. Apa je ilmu yang aku ada, aku lagi suka kongsi. Sebab aku pun suka orang berkongsi ilmu dengan aku. Sharing is caring..kan??

Pernah sekali Eusoff mengamuk, aku dah hilang sabar..memang berdas2 dia kena. Sampai satu tahap tu aku almost lempang dia. Serious. Cuba bayangkan badan dah penat, dengan nak usung perut, buat keje rumah, lepas tu anak mengamuk macam kena sampuk. Setan pun tinggal bisik je kat telinga..betul tak? Serious aku menangis lepas tu. Walaupun aku garang macam singa tapi hati mak lembut tau sebenarnya. Hahahahaa.. ;p

Tapi dah banyak kali aku amalkan perkara ni bila Eusoff tantrum. Alhamdulillah berkesan. Dan aku pun tak perlu nak rasa guilty lepas dah marah or cubit or pukul dia sebab tantrum tu.. Apa yang aku buat??

Bila Eusoff mengamuk2 sampai dah tak boleh pujuk, dah mula baling2 barang, merentan, hempas2 badan.. tak kira macam mana dia melawan pun aku akan peluk dia. Peluk kuat2 sampai dia tak boleh lepaskan diri.. Biarlah dia merentan macam mana sekalipun. Kadang2 sampai sakit pinggang, perut kena terajang dengan anak tau. Tapi aku tetap lawan, peluk dia kuat2..

Sambil peluk aku akan cuba tenangkan dia.. cakap "Syyyy... Mummy sayang Eusoff. Tapi Eusoff cuba cakap elok2, berenti nangis... Mummy tak faham. Cakap elok2..". Kalau dah tak mampu nak cakap apa2 sekali pun aku cuma sebut "Syyyyyyyy...." je.

Dalam hati aku cuba baca Al-fatihah. Untuk dia & untuk sedarkan diri aku sendiri. Kalau boleh cuba ulang2 Al-fatihah. Kalau tak pun.. aku cuma sebut "Allahu Ya Latiff" dalam hati baaaaaannnnyyyyaaaaaakkkkkk2 kali. Sebab bukan dia je yang kena tenangkan diri. Aku pun sama. Kalau tak dengan dia, dengan aku2 sekali kena rasuk setan. Hehehe..

Dari pengalaman aku, cara ni memang berkesaaaannn SANGAT2!! Selalunya dalam 5minit dia dah berhenti tantrum. Sebab dari pengalaman aku, Eusoff bila dah tantrum dia jadi tak tentu arah. Dia sendiri tak tau macammana nak stop tantrum tu. Bila aku pun naik hantu sama lagi lah dia pun merentan. Setan pun senang2 je bisik kat telinga. Bila dua-dua dah kena rasuk setan, memang susahlah..kan?

Selalu lepas Eusoff tantrum, aku pun mengamuk, physchological effect lepas tu yang aku tak tahan. Aku jadi rasa menyampah dengan anak sendiri. Pastu boleh melarat2 sampai laki pun aku malas nak layan. Eusoff pun macam merajuk nak dekat ngan aku. Korang pernah tak rasa camtu??

Tapi bila aku amalkan benda ni, effect lepas tu tak terasa sangat tau. Bila dia dah cool down, dalam tersedu2 tu aku boleh cakap elok2 kat dia.. "Mummy sayang Eusoff. Tapi Eusoff tak boleh mengamuk2 macam ni. Eusoff dah besar. Nak apa2 boleh cakap elok2. Mummy & Daddy larang bukan sebab tak sayang Eusoff. Mummy sayang, sebab tu Mummy larang. Nanti Eusoff faham ye sayang.."

Aku emphasis perkataan sayang tu banyak2 kali masa pujuk dia. Alhamdulillah lepas tu Eusoff ok. Mood dia pun ok. Takde merajuk dengan aku. Aku pun takde nak rasa guilty ke ape.. Lepas tu elok je dia main2 macam biasa.

Korang pernah tak kena macam ni? Cuba amalkan apa aku buat tu. Mula2 memang susah tau. Sebab nak menahan kesabaran tu memang payah sangat bila anak dah tantrum. Tapi bila korang buat & tengok effect tu pada anak korang sendiri lepas tu..mesti korang agree dengan aku.

Betul la apa Rasulullah ajar.. Anak2 kecik ni nak didik kena dengan kasih sayang. Bukan dengan marah2,tengking2.. Cuba tengok effect pada anak yang selalu kena marah, kena tengking. Dia membesar jadi orang yang bengis. Yang tau nak marah je. Allahuakbar.. aku harap aku kuat nak didik anak dengan kasih sayang. Sebab aku pun masih banyak kekurangan...

# Aku tak ingat mana aku baca pasal ni but bab Allahu Ya Latiff tu someone ajar aku. Bila berdepan dengan orang yang tengah marah, berdendam, mengamuk..boleh amalkan. Untuk lembutkan hati. Sebab Allah je yang Maha Berkuasa mampu membolak-balikkan perasaaan manusia..kan?? :)

9 comments:

  1. nice tips...mmg terap kat Thaqif camtu, always peluk dia, zikir bila dia nangis2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..dulu try buat tp cpt je give up,pastu mulalah nak memetir je suara. Tp rupa2nya bila buat betul2 mmg lembut hati anak.. :)

      Delete
  2. Will keep this in mind..mak neves ni nanti kot2 anak masuk fasa tantrum dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doa2 la beb anak u xde tantrum.sbb once dia da start tantrum..Allahuakbar..mmg boleh hilang sabar!!

      Tp i try praktikkan cara ni berkesan sangat kt eusoff..betul! :)

      Delete
  3. i consider myself as org yg kuat bersabar. tahap kesabaran agak tinggi jgak la. tp bile smpai tang anak, samada bersabar xmarah langsung or marah smpai pedepek! mendapat 3 line di peha. xreti la marah biase2, kuar suara je. tp rase bersalah nye bile tgk peha anak bergaris. xtau nape bisa sgt ke tgn ni sampai bergaris. rasenye mcm bg hayunan tepis lalat je. agaknye sbb tgn mak so pedih skit. ok bole try allahu ya latiff psni,

    ReplyDelete
  4. betul.sangat betul malin.Nak masak pun baca zikir ya latif tu..Aisyah kl tantrum ya ampun..hentak2 kaki kat lantai sambil baring..kesian kat dia sampai sakit2 kaki nengoknya..nasib bapaknya rajin layan..dia start pandai tantrum,baling barang lps dpt adik..haha..

    ReplyDelete
  5. tq suggestion allahu ya latiff tu.. insyaALLAH akan praktikkan

    ReplyDelete
  6. gd tips..mmg betul dear kene sabo banyak..kdg anak tantrum ni tak kene masa..time mama dia penat br balik keje,time lapar giler nak makan ni time tula si anak mengamuk..ya Allah.....sabar sabar.....kene didik hati jd sabar...skrg dh semakin blh bljr bnd ni..insyaAllah

    ReplyDelete
  7. Tq for yr sharing xperience...natt sdg alaminya....walhal tau bab tantrum tp bila dah betul2 terjadi jd lupeeee....smpi adik ckp tu lah mnjalan ank sgt...
    sekali aritu dah x tahan sgt nat p hempas dia atas tilam....astgfrullhalazim....hilang sabar....
    lepas tu baru igt...betul la mcm kena rasuk tau...setan tu berbisik....hempas je...hempas je...mase tu tgh emo....huh...ni kali ke 3 dia tantrum...ok pasni kena ingt n baca ya latif tu byk2 ...tq ye....

    ReplyDelete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers